Tuesday, October 18, 2011

Isu DNA babi | Jakim sahkan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce tidak HALAL

HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce Isu DNA Babi | Jakim sahkan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce tidak Halal


Baru jer reda dengan isu DNA Babi dalam produk Puratos, kini isu ini kecoh balik apabila JAKIM mengesahkan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce pula menjadikannya ianya tidak Halal.

Jakim sebelum ini telah mengambil sampel produk berkenaan dan keputusan Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan terdapat DNA babi di dalamnya. Berikutan keputusan itu, semua pemegang dan pemohon baru Sijil Halal Malaysia yang menggunakan produk HP Sauce dan Tabasco Pepper Sauce diarahkan menukarnya kepada produk lain yang memiliki sijil halal berikutan penemuan asid deoksiribonukleik (DNA) babi dalam produk berkenaan.

Orang ramai diminta berhati-hati dengan pendedahan terbaru ini dan menghentikan segera pengambilan sos berkenaan sehingga kandungannya disahkan halal oleh Jakim.