Memang tidak dapat dinafikan, anda semua sukakan haruman, sehinggakan
kereta dan blik tidur turut dihiasi dengan bahan pewangi. Namun, apa
yang anda tidak sedari adalah risiko yang dibawa olehnya yang boleh
membawa kesa terhadap kesihatan anda.
Jika anda ingin tahu, terdapat lebih kurang 500 bahan kimia digunakan
dalam produk wangian, yang kebanyakannya tidak disenaraikan di belakang
produk.
Antara bahan kimia yang sering digunakan adalah etanol, aseton, alkohol
benzil, metilena klorida, kapur barus dan pelbagai lagi yang boleh
mengakibatkan anda kelesuan, ketegangan otot, lelah, radang kulit,
alahan, pening dan sakit tekak.
Bagi anda yang menghidapi ekzema akan mengalami kesan yang lebih padah.
Ini kerana kulit yang bermasalah akan menjadi lebih teruk sekiranya
terkena bahan yang menggunakan ramuan pewangi, tidak kira sama ada ianya
sabun ataupun syampu.
Dalam satu kajian saintifik turut mengesahkan bahawa kebanyakan bahan
pewangi mempunyai kandungan neurotoksin yang tinggi, yang memberikan
kesan negatif terhadap mental, fizikal dan emosi. Kesan-kesan tersebut
berupaya mendatangkan penyakit otak seperti Alzheimer dan Parkinson.
Walaupun ada banyak kesan sampingannya, penghindaran diri dari bahan
wangian bukanlah suatu perkara yang mudah kerana hampir semua produk
jagaan peribadi mengandunginya.