Pentingnya bersarapan pagi untuk mulakan hari anda

Makan di waktu pagi atau bersarapan adalah penting sebelum anda memulakan hari anda, namun masih ada segelintir masyarakat kita yang mengambil mudah tentang kepentingan sarapan pagi.

Alasan-alasan yang biasa diberikan kenapa mereka tidak bersarapan biasanya tidak sempat menyediakan atau membeli sarapan, mahu bergegas ke tempat kerja (biasanya mereka yang berada dalam sektor swasta), ataupun ada juga yang merasakan sarapan tidak penting.

Pemakanan yang baik sangat penting kerana apa yang kita makan membawa kesan kepada kesihatan am dan mempengaruhi kadar tenaga yang kita gunakan untuk menjalankan kehidupan seharian. Ini kerana badan memerlukan makanan sihat dan berkhasiat untuk memberi tenaga bagi mencapai yang terbaik.

Cara terbaik untuk memulakan pemakanan seimbang adalah ketika hidangan pertama iaitu sarapan pagi. Juga dikenali sebagai hidangan paling penting setiap hari. Oleh itu, zat baik yang anda makan pada waktu pagi membantu menghidratkan badan anda dan memberikan tenaga yang secukupnya untuk meningkatkan metabolisma dan menjadikan anda bertenaga, sekurang-kurangnya sehingga waktu makan tengah hari.

Tidak bersarapan mungkin menjadi satu amalan yang mudah, namun ramai pakar pemakanan profesional berkata bahawa pilihan ini tidak digalakkan, terutamanya bagi mereka yang hidup sibuk. Mengambil sarapan itu penting dalam memberikan tenaga kepada badan setelah 8 jam berpuasa.

Waktu pagi merupakan waktu terbaik untuk memberi zat kepada badan dan memberi glukosa pada darah, yang dikenali sebagai gula darah. Glukosa merupakan sumber tenaga utama bagi otak dan membantu otot untuk menjalankan aktiviti fizikal setiap hari. Inilah sebabnya sarapan sangat penting untuk badan kita.

Sarapan membawa manfaat kepada otak dan badan. Mereka yang tidak mengambil sarapan pasti merasa resah, penat atau mudah marah. Hakikatnya, sekiranya seseorang tidak mengambil sarapan, perasaan lapar dan terdorong untuk memakan lebih banyak pada waktu makan tengah hari, atau bakal memilih makanan yang tidak berkhasiat. Akibatnya, strategi asalnya gagal dan sebaliknya membahayakan kesihatan mereka.

Dapatkan minuman malt coklat yang telah dicampurkan dengan bijirin berkhasiat dalam paket yang mudah daripada jenama yang boleh dipercayai apabila anda membeli belah. Luangkan masa untuk membaca jadual kandungan bagi memastikan elemen yang terdapat dalam minuman.

Roti bakar juga boleh menjadi enak dan berkhasiat jika anda bijak menyediakannya.Gunakan roti yang tinggi serat. Untuk menambah perisa, sapukan sedikit mentega kacang dan taburkan sedikit kismis.

Jika ingin cepat, roti tuna bersama keju dan sebiji epal merupakan pilihan sarapan yang baik. Kombinasi ini mampu membuatkan perut kenyang sehingga waktu makan tengahari.

Sarapan ideal seperti ini amat sesuai bagi mereka yang sentiasa sibuk dan memerlukan makanan yang mengenyangkan, yang dapat mengelakkan rasa lapar sepanjang hari. Ini termasuklah para ibu bapa yang menyiapkan anak untuk ke sekolah atau pekerja yang bakal menghadapi tugas seharian di tempat kerja dan ingin mendapatkan cara untuk menikmati hidangan menyihatkan pada waktu pagi.