Anda bersenam, dan anda cuba untuk menjaga pemakanan dengan betul.
Tetapi malangnya anda masih memperlahankan pembakaran kalori anda – dan
pengurangan berat badan anda. Lauren Slayton, pengarang buku 'The Little Book of Thin' menerangkan sedikit perosak metabolisme dan bagaimana anda boleh membakar lebih banyak kalori ASAP.
Tidak minum air yang cukup
Badan anda memerlukan cecair untuk melaksanakan segala fungsi-fungsi
yang sepatutnya. Apabila ia tidak melaksanakan fungsi-fungsi tersebut,
ia juga tidak membakar banyak kalori. Selain itu, mengamalkan peminuman
air panas dengan limau atau teh panas tidak akan memberi kesan yang baik
pada metabolisma seperti air sejuk.
Tidak mengambil supplemen vitamin D
Apabila anda rendah dengan vitamin D, pengurangan berat badan akan
menjadi lebih perlahan dan tahap ghrelin hormon anda yang mana akan
membuat anda lapar lebih tinggi. Jika ia sukar untuk mendapatkan cukup
vitamin D daripada diet pemakanan, anda disyorkan untuk mengambil
suplemen untuk membantu anda mengurangkan berat badan dengan lebih
mudah.
Anda seorang ratu senaman kardio
Anda tahu bahawa senaman adalah penting untuk menjaga metabolisme anda,
tetapi jika anda hanya berlari atau berbasikal di dalam rumah
menggunakan mesin, anda tidak membina otot tanpa lemak yang benar-benar
akan memberikan metabolisme anda rangsangan. Mula gabungkan latihan
kekuatan ke dalam senaman anda sehingga kalori anda terbakar dengan
lebih.
Anda mempunyai tabiat makan snek tengah malam
Ada teori mengatakan makan secara kerap dalam kuantiti sedikit tidak
memperlahankan metabolisma anda, tetapi ada juga kajian yang
mencadangkan bahawa beberapa jam tanpa makan amat baik untuk anda.
Walaubagaimanapun, anda dicadangkan untuk cuba tahan diri selama 12 jam
tanpa makanan kerana anda mencederakan metabolisme anda jika anda
mempunyai snek tengah malam dan sarapan sebelum latihan anda pada pukul 7
pagi.
Anda tidak mengambil kafein dalam diet anda
Kafein sebenarnya boleh memberi sedikit rangsangan dalam pembakaran
kalori anda. Jika anda sudah mengamalkan untuk minum teh hijau atau kopi
setiap hari, rutin anda akan membantu metabolisme anda untuk bekerja
pada tahap yang tertinggi.
Anda sentiasa tertekan
Tekanan tidak baik untuk metabolisme anda. Kortisol adalah hormon
tekanan yang besar, dan apabila ia diaktifkan, badan anda akan lebih
cenderung untuk berada dalam mod penyimpanan lemak.