Kulit anda merupakan organ terbesar badan anda yang mana bermaksud
menjaganya adalah sangat penting untuk kesihatan dari kepala ke kaki.
Walaupun anda tidak boleh menghentikan proses penuaan secara drastik,
anda boleh memperlahankannya mengikut tahap sel kulit anda. Dan ia
mungkin akan mengejutkan anda jika anda mengetahui bahawa untuk berbuat
demikian, anda hanya cuma perlu menghabiskan masa yang banyak di kedai runcit untuk hasil yang optimum.
Berikut adalah empat rahsia untuk bagaimana anda boleh mendapatkan kulit
yang bersih, lembut, segar dan kelihatan berseri:
Menguasai perkara asas
Pastikan anda ingat perkara-perkara asas seperti tidur
sekurang-kurangnya tujuh jam setiap malam, minum banyak air untuk
diminum, gunakan pelindung matahari sekurang-kurangnya 30 SPF setiap
hari, jangan merokok, dan sekiranya anda seorang yang mengambil minuman
alkohol, tolong minimakan pengambilannya. Ini kerana sinar UV, asap
rokok dan alkohol semua mempercepatkan penuaan kulit, di permukaan dan
di lapisan kulit dipanggil dermis.
Makan lemak omega -3
Beri makanan pada kulit anda dengan baik seperti ikan salmon, sardin,
flaks, minyak 'canola', walnut atau telur setiap minggu. Makanan yang
berkhasiat untuk kulit yang kaya dengan lemak omega- 3 adalah satu
kumpulan asid lemak penting yang mana badan anda tidak boleh membuat
dengan sendiri. Lemak omega -3 membantu menyediakan satu halangan
pelindung kepada sel-sel, membolehkan mereka untuk memegang lebih banyak
air. Ini kerana mereka menjaga membran sel untuk kulit yang sihat dan
cukup lembut untuk membolehkan nutrien masuk. Selain itu, mereka juga
memainkan peranan dalam mengawal kadar pengeluaran pro -radang, yang
boleh mempercepatkan proses penuaan kulit.
Pilih buah-buahan dan sayur-sayuran yang berona jingga
Mengidamkan kulit sawo matang? Ketepikan cahaya matahari, sebaliknya
pergi dapatkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang berona jingga gelap
seperti aprikot, keledek dan labu. Bukan sahaja mereka dipenuhi dengan
super antioksidan beta karotena, tetapi satu kajian pada tahun 2011
telah mendapati bahawa memakan beberapa hidangan yang berwarna terang
akan mempertingkatkan keserian seseorang dan memberikan mereka rupa
warna kulit yang lebih 'warm'. Bonus: makanan ini kaya dengan vitamin C,
salah satu antioksidan kulit anda yang larut air.
Nikmati bahan pelindung matahari yang boleh dimakan
Kajian yang dibuat sebelum telah mendedahkan bahawa sebatian dalam teh,
coklat, tomato dan 'kale' boleh bertindak sebagai SPF semula jadi untuk
kulit kita yang mana berpotensi untuk membantu melindungi kita daripada
bahayanya penuaan kerosakan UV. Tetapi jangan lupakan krim pelindung
matahari juga ya!