Sesetengah mitos kecantikan hanyalah mitos sahaja dan anda pasti
terkejut betapa banyaknya mitos kecantikan yang biasa kita dengar atau
lakukan telah dibetulkan oleh pakar-pakar. Untuk memastikan anda tampil
cantik dengan mitos yang betul , beberapa mitos kecantikan telah diuji
dan anda akan agak terkejut dengan keputusannya di bawah.
Ubat gigi boleh menghilang jerawat
Fakta!
Ubat gigi boleh menghilangkan jerawat bergantung kepada bahan-bahannya
yang mana boleh mengeringkan kulit. Gunakan ke atas permukaan jerawat
sahaja, ubat gigi membantu keringkannya sekaligus mempercepatkan proses
pemulihan.. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa ubat gigi boleh
merengsakan kulit anda lalu menyebabkan kekeringan dan kulit mengelupas.
Jadi pastikan anda menggunakannya di kawasan yang kecil sahaja.
Timun membantu menghilangkan mata lebam
Fakta!
Timun sangat membantu dalam mengurangkan mata lebam, kerana apa-apa
yang sejuk sangat baik untuknya. Oleh kerana timun adalah benda yang
sejuk, ia akan membantu mengurangkan lebam di bawah mata dan pada masa
yang sama, akan menyegarkannya.
'Wax' atau bercukur membuatkan bulu badan tumbuh lebih tebal
Auta!
'Wax' atau bercukur membuang bulu badan tetapi tidak akan membuatnya
tumbuh semula lebih tebal. Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau
dicabut, ia akan menjadi lebih kasar. Jadi ia kelihatan lebih tebal
daripada sebelumnya.
Berkongsi alatan solek adalah tidak sihat
Fakta!
Ia telah terbukti bahawa alatan solek yang dikongsi sebenarnya akan
menyebabkan pengguna berkongsi bakteria, yang mana boleh menyebabkan
jangkitan atau masalah kulit. Jadi, cuba elakkan daripada meminjam
sebarang alatan solek seperti gincu atau celak mata jika anda mahu
selamat. Selain itu, jangan gunakan alatan solek yang dijadikan penguji
sebaliknya hanya gunakan alatan solek milik anda sendiri jika anda tidak
mahu untuk bertukar-tukar kuman dengan orang lain!
Tidak elok memicit jerawat
Fakta!
Adalah satu perkara yang baik untuk membiarkan jerawat begitu sahaja
jika anda tidak mahu ia dijangkiti bakteria, merebak ke permukaan lain
atau menjadi lebih teruk lagi. Memicit jerawat hanya akan menyebabkan
jangkitan merebak ke permukaan lain, lalu membanyakkan lagi jerawat di
kulit. Bersihkan kulit anda dengan betul dan biarkan jerawat hilang
dengan sendirinya.
Lebih banyak mencuci muka adalah lebih baik
Auta!
Kerap kali mencuci muka anda hanya akan menyebabkan kekeringan dalam
jangka masa panjang. Pencucian yang betul dua kali sehari, pada siang
dan malam adalah cukup untuk menjaga kulit anda dengan baik, tanpa
membuang penghalang natural yang melindungi kulit daripada faktor-faktor
alam sekitar.
Hanya orang yang berlebihan berat badan mempunyai selulit
Auta!
Anda tidak perlu mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan
selulit. Jadi semua orang mudah mendapat selulit tanpa mengira berat
badan mereka. Selulit dipengaruhi oleh jantina , gen serta gaya hidup,
jadi hakikat bahawa anda sedang bekerja di luar mungkin tidak akan
membuatkan anda selamat daripada selulit.
Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan rambut
Fakta!
Jus lemon sememangnya boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan rambut
. Mereka membantu mencerahkan, bukan menghitamkan, jadi gunakan jus
lemon berhati-hati jika anda ingin untuk mencerahkan kulit atau rambut
anda secara semulajadi. Namun begitu, jangan lupa bahawa jus lemon yang
terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan
atau kekeringan pada kulit.