Tahukah anda menurut
kajian penyakit itu puncanya daripada makanan, betul ke tak anda perlu
pastikan menu yang dipilih itu hendaklah bersesuai dengan pengambilan
harian anda iaitu keperluan harian yang disyorkan mengikut kadar usia,
jantina dan tenaga.
Jika anda berbadan kurus tidak semestinya anda bebas
untuk makan dengan banyak. Dibawah adalah antara empat menu yang pasti
anda suka tetapi bahaya tanpa disedari.
Roti canai
Roti canai memang
makanan yang sedap, garing dan murah. Ramai yang lebih suka memilih roti
canai kerana cepat, ringkas dan mudah apabila dihidang mahupun dimakan.
Menurut kajian Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori.
Tetapi
jika anda mengambil dua keping roti canai, ia menjadi 600 kalori.
Semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda
menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar 600 kalori. Tip
terbaik adalah memilih tosai atau capati kerana kandungan lemak dan
minyak kurang sedikit berbanding roti canai.
Nasi lemak
Nasi lemak merupakan
makanan kegemaran rakyat Malaysia tapi pernahkah anda terfikir bahawa
nasi lemak sahaja sudah 390 kalori dan mustahil anda tidak menambah lauk
seperti sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang.
Jadi, hidangan
lengkap di atas pinggan anda adalah lebih kurang berjumlah 450-500
kalori. Ini belum termasuk lagi ayam goreng (240 kalori) mahupun sambal
sotong (170 kalori). Anda masih boleh menikmati nasi lemak tetapi
kurangkan campurannya. Untuk lebih mudah, anda masak sendiri nasi lemak
tanpa guna santan dan lebihkan sayur-sayuran sebagai tambahan.
Teh tarik
Tentunya teh tarik yang
lebih pekat atau kaw kaw lebih sedap untuk diminum. Susu penuh krim
adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya,
susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda.
Biarpun ia merupakan sumber
kalsium tetapi kandungan lemaknya agak tinggi. Satu sudu pekat manis
biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikan
dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak.
Burger
Jangan terkejut apabila
ada ramai yang memilih makanan barat ini sebagai menu untuk sarapan.
Tidak dinafikan, burger memang tinggi kalori. Satu hidangan burger
biasanya mengandugi 475 kalori.
Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan
pelbagai sos lagi bukanlah burger lagi, suku cawan mayonis sahaja
mengandungi 360 kalori (40g lemak). Ini belum termasuk kentang goreng
anda lagi. Kalori pasti bertambah-tambah.
Hakikatnya, Malaysia
memang terkenal dengan gelaran syurga makanan tapi anda haruslah tahu
dan bijak memilih menu. Namun kebebasan untuk makan apa sahaja boleh
asalkan hidangan itu bergantung kepada berapa banyak atau kuantiti anda
ambil.
Untuk memudahkan anda,
anda perlu mengira kalori makanan yang anda ambil. Jika anda pandai
mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori, semestinya anda telah
memilih sarapan yang paling selamat.