Ramai yang mahukan kulit yang bersih dan mulus, namun ramai juga yang
tidak tahu bahawa ada beberapa tabiat yang anda tidak sedar dan sangka
ia membawa kesan buruk kepada kulit anda antaranya adalah kerap mencuci
muka.
Ini kerana anda akan berfikir semakin kerap anda mencuci muka, maka
kulit anda akan makin bersih, tetapi sebaliknya, kerana mencuci wajah
lebih dua kali sehari sebenarnya akan menyingkirkan minyak asli yang
diperlukan oleh kulit.
Bagi yang mempunyai kulit berminyak juga kerana semakin anda kerap mencuci wajah makin banyak minyak terhasil.
Tabiat kedua pula menggunakan skrub wajah yang kasar kerana menyangkan
dengan menggunakan skrub kasar bagus untuk membersihkan wajah anda.
Sebenarnya anda harus menggunakan skrub yang halus kerana skrub yang
kasar boleh menyebabkan pori tersumbak, tompok hitam dan juga kedut.
Skrub wajah anda sekali atau dua kali seminggu sahaja.
Tabiat ketiga pula iaitu suka berjaga malam atau suka tidur lewat. Anda
tahu jika kurang tidur maka wajah akan tampak sembam, kusam dan penat.
Oleh itu, elakkan dari tidur lewat kerana ia akan menghapuskan melatonin
iaitu hormon yang membuatkan anda mengantuk dan mengawal ritma
sirkadian (circadian) yang akhirnya akan menyebabkan wajah anda kusam
dan berkedut.
Akhirnya sekali, pastikan anda menukar sarung bantal anda
sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana sarung bantal mengumpul
minyak, sel kulit mati dan bakteria yang akan melekat pada wajah anda.