ANTIOXIDANT




Tanpa kandungan antioksidan di dalam produk kecantikan, maka proses penuaan kulitmu akan semakin cepat. Sinar matahari, pencemaran udara, dan faktor-faktor persekitaran lainnya boleh menimbulkan masalah pada kulit jika tidak dilindungi dengan antioksidan.

Sudah amal makanan tinggi antioksidan, perlukah produk kecantikan dengan antioksidan?

Mengamalkan makanan yang tinggi kandungan antioksidan sangat berguna untuk menjaga kesihatan dan mencegah berbagai jenis penyakit. Selain itu, makanan-makanan tersebut juga bermanfaat bagi kesihatan kulit.

Namun bukan bermakna mengamalkan makanan tinggi kandungan antioksidan boleh menggantikan peranan kandungan antioksidan di dalam produk kecantikan.

Tetap gunakan produk kecantikan yang mengandungi antioksidan, kerana produk kecantikan tersebut lebih cepat mengatasi faktor-faktor persekitaran yang harus kita hadapi setiap hari secara langsung.

Antioksidan membantu mencegah rosaknya kolagen, yang akan membuat kulit terlihat lebih muda. Bahan ini melawan radikal bebas yang boleh menimbulkan tanda-tanda penuaan, bahkan meningkatkan fungsi tabir suria.

Nadasutra Skincare