Dalam rutin penjagaan kesihatan, kecantikan tubuh dan wajah khususnya kebersihan adalah perkara UTAMA yang harus dititikberatkan. Wajah bukan saja sentiasa TERCEMAR oleh persekitaran seperti asap, debu, minyak dan habuk malah daripada TANGAN kita sendiri.
Kurangkan menyentuh wajah apatah lagi dengan tangan yang belum dibasuh kerana kita tidak tahu mungkin saja bakteria, kuman atau racun telah terkena/berada pada objek yang kita sentuh.
Berikut adalah cara membasuh tangan dengan betul. Lakukan ini setiap kali selepas anda menyentuh objek terutamanya di tempat AWAM seperti butang lif, butang mesin, tiket, wang kertas dan syiling, tombol pintu, gajet apatah lagi selepas menggunakan tandas awam.
Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.
Basuh dengan sabun untuk membersihkan tangan dari kuman dan kotoran.
Bagaimana untuk membasuh tangan dengan betul?
Terdapat tujuh langkah yang perlu diikuti untuk membasuh tangan dengan betul :
1 .Basuh tangan dengan sabun dan air yang bersih secukupnya
2. Gosok tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
3. Gosok setiap jari dan celah-celah jari
4. Gosok kuku pada tapak tangan
5. Gosok belakang tangan
6. Bilas dengan air bersih yang mencukupi dengan sempurna
7. Keringkan tangan dengan tuala yang kering dan bersih atau alat pengering tangan.
Pencemaran udara dengan asap, debu, habuk, minyak, kuman, bakteria semua juga boleh mengakibatkan alahan seperti iritasi, jerawat dan pelbagai masalah lain pada kulit wajah. Ternyata bukan hanya bahan di dalam produk penjagaan boleh menjadi penyebab.
Nota : Elakkan tabiat menyentuh muka setiap masa. Jangan lupa cuci wajah pun ada cara, lembapkan dan beri ia perlindungan secukupnya.