MERKURI



Kesan utama merkuri tidak organik yang terkandung dalam produk penjagaan wajah adalah menyebabkan kerosakan buah pinggang. Ia juga boleh menyebabkan ruam kulit, perubahan warna kulit dan juga parut.

Lebih teruk bahan ini mampu mengurangkan ketahanan kulit terhadap jangkitan bakteria dan kulat. Jadi, kulit anda mudah dijangkiti kuman dan mula menjadi rosak.

Kesan-kesan lain termasuklah kebimbangan, kemurungan atau psikosis dan neuropati periferal.

Jika anda ingin mengetahui sama ada produk yang anda gunakan mengandungi bahan ini atau tidak, nama-nama yang perlu dicari termasuklah :

merkuri

Hg

mercuric iodide,

mercurous chloride

ammoniated mercury

amide chloride of mercury

quicksilver,

cinnabaris (mercury sulfide)

hydrargyri oxydum rubrum (mercury oxide)

mercury iodide “poison”

Walau bagaimanapun, syarikat-syarikat yang menjual produk-produk yang mengandungi merkuri biasanya tidak menyenaraikannya.

Love yourself. Love your skin
Be Safe
Be Beautiful
Be You .