PENJAGAAN KULIT BERMINYAK




Bagi mereka yang memiliki jenis kulit berminyak, biasanya mempunyai liang pori yang besar. Muka nampak berkilat tetapi agak kusam. Mudah untuk mempunyai jerawat, blackhead dan cela lain jika kurang dijaga.

Jadi, kalau anda mempunyai jenis kulit berminyak seperti ini, anda perlu lebih berhati-hati sebab ia mudah melekat kotoran penyebab cela seperti jerawat. 
Kesan berminyak semakin ketara apabila ada gangguan hormon seperti stress atau terdedah dengan cuaca panas. Ia memerlukan penjagaan yang lebih teliti.

Cara Penjagaan Kulit Wajah Berminyak:
1. Cuci muka minimum 2 kali sehari atau selepas berpeluh dengan kuat.
2. Cuci muka dengan lembut tanpa menggosok kuat.
3. Jangan picit atau sentuh jerawat, jika tidak ia makin lambat sembuh dan merebak.
4. Pilih skincare jenis non-comedogenic supaya ia tak menyumbat liang pori. Penyumbatan liang pori boleh menyebabkan masalah jerawat pula.
Cuba jaga dengan #nadasutraskincare dan lihatlah hasilnya!