Sebenarnya jenis kulit setiap individu boleh berubah-ubah dan ia dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti:
1. Berapa banyak kandungan air dalam kulit kita kerana ia akan memberi kesan kepada sifat elastik kulit seseorang.
2. Jumlah minyak pada kulit yang menentukan tahap kelembutan kulit setiap individu.
3. Betapa sensitif kulit kita yang sememangnya berbeza antara satu sama lain. .
Setiap orang mempunyai hasil dan keberkesanan yang berbeza-beza apabila menggunakan produk yang sama dan rutin penjagaan yang serupa. Jadi, sekiranya anda mahu memiliki kulit yang sihat, pastikan anda kerap minum air dalam kadar yang secukupnya untuk kekal terhidrat. Kulit pula akan dapat mengekalkan kelembapannya.
Kecantikan itu juga asasnya dari dalaman!
Penghasilan kolagen dalam badan juga sangat membantu untuk memberi lembapan pada kulit. Untuk jenis kulit berminyak pula, cuba elakkan punca penghasilan minyak yang banyak pada kulit. Selain cuaca, ini juga boleh dilakukan melalui kestabilan hormon badan kita.
Hindari stress atau tekanan! .
Jadi, apakah jenis kulit anda? Produk bagaimana pilihan anda? Jom refresh dengan #nadasutra#nadasutraskincare