AL KISAH JERAGAT



PHOTOTOXIC 

Photoxic maksudnya keadaan tubuh badan anda memberikan reaksi allergic atau alahan kepada kaedah perubatan tertentu seperti rawatan kanser, kemoterapi dan ubatan lain. Ia juga boleh berlaku kerana alahan kepada pewangi, produk kecantikan, dan juga kosmetik.

Jika wajah tiba-tiba ditumbuhi jeragat, periksa semula mana tahu anda ada bertukar perfume, produk kecantikan, alat solek atau baru menjalani sebarang rawatan kesihatan.

STRESS 

Tekanan perasaan atau stress juga merupakan salah satu punca jeragat yang ramai orang tak tahu. Bila anda mengalami stress ianya akan menggangu hormon dalam badan. Macam biasalah bila hormon tak stabil, bukan jerawat je muncul jeragat pun sama naik.

Jika anda mengalami stress jangan berlengah. Cari jalan penyelesaian segera. Dapatkan pertolongan. Stress bukan saja boleh menyebabkan kulit anda berjeragat malah ia juga boleh menyebabkan masalah lain seperti menurunkan kualiti kerja di pejabat, merosakkan hubungan sosial dan yang paling serius boleh meragut nyawa.

PENCEMARAN UDARA 

Kini lapisan ozon semakin menipis. Percemaran dari asap dan debu berleluasa hingga setiap kali kita keluar rumah, kulit wajah akan terdedah kepada segala macam kotoran.

Pendedahan kepada segala macam kotoran akan menyebabkan peningkatan radikal bebas dalam badan. Radikal bebas akan menyebabkan kulit muka rosak maka berlakunya masalah jeragat.

Sebab tu penjagaan kesihatan dan kebersihan harus diutamakan. Nak cantik kena sihat dulu, macam tu juga dengan wajah kita ni. Amalkan membersih, mencuci, melembap dan melindungi kulit wajah dengan konsisten demi kesejahteraannya.

#skincare #nadasutra #naturalingredients#noharshchemicals #nodangerouschemicals#hydrating #rejuvenating #tightening #firming#calming #soothing #phbalanced #labtest#kkmapproved