KULIT MENJADI SEMAKIN KUSAM TANPA PUNCA ?




Rutin penjagaan yang salah juga menjadi penyebab terbesar wajah menjadi KUSAM tanpa disedari.

LOOSE POWDER
Ia dikenali sebagai bedak tabur, dalam bentuk serbuk yang halus. Biasanya ia dipakai selepas penggunaan bedak asas (foundation). Umumnya, bedak tabur digunakan sebagai finishing touch setelah pengaplikasian untuk menghilangkan kilauan minyak dan membuat efek wajah lebih halus.
Bedak tabur paling mudah dan cepat diaplikasikan kerana bentuk partikelnya yang halus akan melekap di kulit wajah dengan sekata tanpa menyumbat pori. Kelemahannya ia mudah berterabur, pudar dan tak begitu kalis minyak dan air. Namun kelebihannya, ia mudah dibersihkan.

COMPACT POWDER
Partikelnya lebih padat, melekap lama dan menghasilkan kulit yang kelihatan lebih mulus serta tertutup rata, digunakan setelah pemakaian bedak asas (foundation) .

Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya membuat bedak padat ini cepat menyerap sekaligus mengurangkan minyak, kalis air dan mampu melekap berhari-hari pada kulit wajah jika tidak ditanggalkan. Sebab itu ia mesti dibersihkan (double cleansing) dengan makeup remover sebaik-baiknya agar tidak tertinggal dan mengakibatkan pori tersumbat.
Kelemahannya, ia tidak begitu sesuai untuk kegunaan kulit wajah yang bermasalah kerana menyesakkan lagi permukaan kulit yang sedia sesak. Pembersihan wajah yang dibuat sambil lewa mengakibatkan saki baki compact powder yang tertinggal masuk ke dalam pori dan tersumbat di sana.

Jika rutin ini berterusan lama kelamaan wajah semakin hilang seri (kusam) tanpa disedari malah boleh menimbulkan masalah breakout. Ini disebabkan pori yang tersumbat tidak mampu menyerap lembapan, khasiat dan kebaikan bahan penjagaan dengan baik.

Dah tahu kenapa kulit wajah anda boleh KUSAM?

#nadasutra #skincare #hydrating #rejuvenating#firming #tightening #calming #soothing#pHbalanced #labtest #kkmapproved