NAK PUTIH ATAU SIHAT??




Bercadang untuk putihkan kulit? Semak dulu beberapa perkara asas seperti berikut.

Tekstur

Kulit yang sihat akan bertekstur anjal, lembut dan mulus. Jika anda merasakan kulit anda kasar seperti terdapat benjolan kecil, bersisik dan menggerutu ini menunjukkan kulit anda mempunyai masalah. Biasanya kulit kasar disebabkan oleh pengelupasan, jerawat kering, pigmentasi, sunburn, parut, kerengsaan dan sebagainya.

Kulit lembap

Kulit sihat adalah kulit yang lembap kerana ia mengandungi air yang mencukupi. Air mengekalkan keseimbangan sebum pada permukaan kulit untuk mencegah masalah kulit berminyak selain memainkan peranan penting dalam menghasilkan kolagen.

Kulit yang kekurangan air biasanya kelihatan kering dan mudah menunjukkan tanda-tanda penuaan. Kulit kering juga menimbulkan kegatalan dan mengelupas.

Iritasi terhadap kulit

Jika kulit anda sihat, maka tidak ada masalah. Jika sebaliknya, ia akan menghasilkan pelbagai rasa yang tidak selesa seperti iritasi. Iritasi yang dimaksudkan mungkin menjadi masalah seperti gatal-gatal, panas terbakar atau terlalu tegang.

Masalah seperti ini berlaku kerana penggunaan penjagaan wajah atau kosmetik yang tidak sesuai dengan keperluan kulit. Mungkin kulit anda kering dan anda juga lebih suka menggunakan produk pemutihan, dalam hal ini ia boleh membuat sel-sel kulit yang kering menjadi radang.

Tona kulit

Tona kulit yang kusam dan bulatan gelap di sekeliling mata juga dikaitkan dengan masalah kulit termasuk masalah dehidrasi. Jika kulit anda sihat tona kulit jelas segar dan bulatan gelap tidak begitu jelas kelihatan. Ini pun sudah cukup membuktikan tahap kesihatan kulit anda tidak begitu memuaskan.

Jadi yang mana satukah keutamaan anda, kulit yang benar-benar sihat atau benar-benar putih berkilat?

#nadasutra #skincare #labtest #kkmapproved