REMAJA DAN KECANTIKAN




Beruntunglah remaja sekarang kalau nak dibandingkan dengan remaja waktu dulu. Apa pun tak tahu bab penjagaan kesihatan dan kecantikan kulit wajah. Bersolek tak pernah seumur hidup baru sekali itu pun sebab mak andam solekkan masa jadi pengantin.

Kini maklumat semua semudah di hujung jari. Hanya perlu cari, taip, tanya, tonton dan baca. Jadi tiada masalah untuk belajar cara yang betul bab penjagaan kulit wajah. Remaja perlu sedar penjagaan kecantikan bermula dari usia belasan tahun.

Menjelang 20an rutin harian dah pun konsisten. Bila menginjak 30an dan seterusnya risiko kulit wajah rosak telah diminimumkan. Menjelang 40an wajah masih terlihat bergetah' hasil penjagaan dari seawal remaja.

Belajarlah cara memahami jenis kulit sendiri, mengenali jenis-jenis produk penjagaan, kandungan produk, fungsi, tujuan dan keperluannya, cara penggunaan yang betul dan yang salah, apa yang patut ditambah dan dikurangkan, apa yang patut diamalkan serta apa yang patut dihindari.

Jangan pandai bersolek saja, kelak menyesal di masa depan. Jom belajar bab penjagaan asas wajah dengan kakak kakak Nadasutra !