SIHAT DAN CANTIK



Siapa sangka bahawa bernafas di udara pagi juga baik untuk pencernaan. Ini kerana sel-sel dalam sistem PENCERNAAN memerlukan oksigen yang cukup untuk memecah makanan dengan betul.

Pelepasan hormon
Serotonin dipengaruhi oleh tahap oksigen udara yang anda sedut melalui nafas. Serotonin adalah satu hormon yang membantu meningkatkan mood dan mewujudkan kegembiraann. Dalam erti kata lain, udara pagi membantu merangsang pembebasan serotonin, menjadikan anda berasa santai.

Lebih banyak Tenaga dan KEKAL FOKUS
Bangun pada siang hari dan tidur berlebihan biasanya membuat kepala berasa pening dan malas untuk melakukan apa-apa. Jika anda sering merasakan seperti itu, cuba tarik nafas dalam-dalam di waktu pagi dan rasakan perbezaannya. Udara segar di pagi hari akan menjadikan anda lebih bertenaga dan kekal fokus lebih mudah. Untuk berfungsi dengan baik, otak memerlukan dua puluh peratus daripada tahap oksigen dalam badan. .

Semakin banyak oksigen yang masuk, semakin baik otak akan melaksanakan fungsinya. Apabila badan mempunyai tenaga dan kemampuan yang cukup untuk menumpukan perhatian, hari anda akan menjadi lebih produktif malah tubuh serta kulit lebih sihat dan cantik!! #nadasutra #skincare #labtest#kkmapproved