APA KENA RUMPAI LAUT DAN JAWS ?




Kajian daripada Unibersiti Of Columbus De Squera Batang Berjuntai ada mengatakan yang khasiat utama rumpai laut adalah KOLAGEN . Siapa tak kenal kolagen kan ? Aikk , duduk zaman Batu Bersurat ke ? Okay sambung . Selain itu ia kaya dengan vitamin C malah zat mineral seperti magnesium dan kalsium . Beriye kauss angguk-angguk entah tau ke tak magnesium tu hape . Takpe kak , tak penting . Janji akak masak dapor tak terbakor . Okay sambung balik .
Rumpai laut juga merupakan tumbuhan semulajadi yang mengandungi pelbagai khasiat untuk kesihatan tubuh dan juga kulit . Kalau nak bandingkan dengan sarang burung dan sirip yu yang ala ala sama manfaatnya tu memang rumpai laut ni sepuloh kali ganda jauh lebih baik la .
Aaa siapa suka makan ikan yu ? Bukan ikan yu ghupenya macam ikan jaws tu ke ? Arghh mak tak gamak nak makan sebab terbayang ikan tu pernah makan daging orang . Asal nampak je otak bergeliga ni mula la terbayang yang kreatip kreatip ! Dulu masa kekecik ikot orang besor pi pasar riuh macam ayam betina beranak nam mulut mak sambil tunjuk-tunjuk " Eeee ikan makan orang , gelinyaaaa ". Kuk ! Kuk ! Kuk! Kena sekeh kauss kepala haku !!
Tapi bukan salah mak la kan , sapa soh bagi budak tecik tengok cite Jaws . Zaman dulu sikit-sikit citer Jaws lain sikit pun Piranha eh tak lari jauh tau omputih ni . Asyik cite ikan gigit orang . Gigit montot la , tiak la , pusat la , putus itu berkecai ini . Asal mandi pantai je kena serang , asal kena serang je mandi pantai . Pastu dah kena serang berjemaah baru la semua orang nak percaya pantai tu bahaya .
Kalau tak cuma hero dengan heroin je percaya . Menyampah betul . Bila babak kena gigit kami yang kekecik ni terjerit-jerit la macam toyol . Orang-orang yang besar pakat gelakkan kami je . Tak puas hati betul time tu .
Eh dah , sambung sambung citer pasal rumpai laut . Bab bercerita kemain melopong seronok ye dah dah fokus sikit bab ilmiah ni .
Haa rumpai laut juga adalah sumber antioksidan yang tinggi serta mampu MENCEGAH KERADANGAN KULIT . Maksudnya rumpai laut ni boleh mencantikkan kulit dan mencegahnya daripada masalah sunburn , pengelupasan , kemerahan , jerawat dan sebagainya .
Memakan rumpai laut boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit Arthritis , Celiac , Asma dan Obesiti .Nak tau macam mana nak masak dan resepi yang terbaik tanya orang Sabah . Itu pun salah satu makanan etnik di sana yang mana dorang panggil agar-agar . Tak hairan la orang Sabah cantik dan awet muda kan ? Macam orang Jepun dan Korea jugak la , rumpai laut/seewed dijadikan makanan wajib dalam menu .
Kepada yang ingin kulit cantik dan awet muda tu rerajinlah makan rumpai laut . Gunalah produk penjagaan wajah yang ada rumpai laut juga . Ahaa gedebas gedebus klepek klepek merang kepunden perang sekaperrr . Zassss !!