Berikut secara ringkas empat jenis hormon yang membuat kita gembira, nampaknya masih ramai yang tidak tahu. Sila teruskan pembacaan sambil tersenyum kambing. Senyum pun petua awet muda tau.
Endorphin
Buat kita gembira dan tenang. Endorphin juga mengurangkan rasa bimbang dan sensitiviti pada rasa sakit. Hormon ini dirembeskan sewaktu bersenam.
Phenylethamine
Phenylethamine adalah hormon cinta. Hormon yang memberi kita rasa bahagia ketika peringkat awal percintaan. Koko ada hormon ini dan ia memberikan impak yang sama pada perasaan kita. Nampak tak kenapa coklat selalu dikaitkan dengan cinta?
Serotonin
Hormon yang mengurangkan stress dan membuatkan kita rasa ceria bersemangat. Hormon dirembeskan bila terdedah kepada cahaya matahari, makan makanan yang kaya dengan karbohidrat dan bersenam.
Ghrelin
Mengurangkan rasa stress dan membuat kita rasa relax. Hormon ini dirembeskan sewaktu kita rasa lapar. Jangan makan terlalu banyak kerana bila terlalu kenyang, pengeluaran hormon ini direncatkan oleh sistem badan.
Nadasutra juga menghasilkan hormon Phenylethamine, tak percaya cuba guna. Sehari tak jumpa rindu!