MASALAH LIANG PORI


Sekiranya anda tidak mencuci wajah dengan cara dan produk yang tepat , pengumpulan minyak di wajah akan menyebabkan pori-pori tersumbat . Ini mengakibatkan pori-pori pada kulit wajah kelihatan lebih besar .
.
Sekiranya pori-pori kulit wajah anda kelihatan jelas (terbuka besar) anda tidak akan boleh terus menghilangkannya tetapi anda boleh memperbaiki dengan mencegahnya daripada melarat . Anda harus mengurangkan saiznya daripada terlalu jelas kelihatan namun ia biasanya mengambil masa sedikit .
Produk yang anda pilih mestilah membantu dari segi , mengecilkan saiz liang pori (mengurangkan keterbukaannya dari terlihat jelas) , membersihkan liang pori supaya tidak tersumbat dan menghalang jerawat supaya tidak muncul akibat liang pori tersumbat .
.
Sesuatu yang anda perlu tahu , liang pori yang tidak dibersihkan dengan baik akan menyebabkan dinding liang tersebut menebal dan ini mengakibatkan kecacatan kekal !! Sebab itu anda boleh lihat liang pori pada wajah orang lelaki tersangat jelas (terbuka besar) kerana golongan lelaki (kebanyakannya) tidak mencuci wajah dengan produk dan cara yang tepat (main hentam saja) .
.
Anda perlu mencuci muka dengan pembersih (pencuci wajah) yang sesuai , tidak sekali-kali terdedah kepada pancaran matahari tanpa perlindungan (sunblock) , menyingkirkan bakteria , kekotoran dan lebihan minyak (double cleansing dan exfoliate) di muka yang boleh menjadi penyebab kepada liang tersumbat .
Walau bagaimanapun kulit wajah sangat memerlukan lembapan, jadi jangan pula mencari pencuci muka yang membuang semua minyak sampai kulit terasa kering , ketat dan pedih ! Rasa seperti sudah sangat bersih , hakikatnya hanya merosakkan skin barrier wajah anda .
.
NADASUTRA SKINCARE
Lembut pada kulit wajah