KAMU TANYA MAK BEE JAWAB



Sis kenapa saya pakai skincare tak berkesan ?
Bagaimana nak berkesan kalau anda tak konsisten dan sabar???

Rutin penjagaan kulit wajib dilakukan secara konsisten bagi mendapatkan hasil yang ideal. 
Produk retinol atau exfoliator mungkin hanya perlu digunakan selang sehari atau seminggu sekali.
Amatlah penting untuk menggunakan produk-produk ini dalam turutan yang betul.

Elakkan daripada menggunakan skin care yang mengandungi bahan-bahan yang tidak perlu dan membahayakan. Elakkan juga penggunaan skrub yang kasar dan hanya akan membuatkan kulit mengelupas secara terpaksa. Ini akan mendedahkan kulit kepada pelbagai masalah lain terutamanya jerawat.

Juga perlu diingat bahawa permukaan kulit anda tidak selalu dapat menunjukkan reaksi negatif terhadap bahan-bahan ini , namun kerosakan masih berlaku tanpa anda dapat melihat atau merasakan tindak balasnya. Ia mendatangkan masalah lain di kemudian hari.

Sebagai contoh kerosakan kulit akibat matahari seperti jeragat dan kedutan tidak berlaku sekelip mata. Oleh itu , jangan berharap ia juga dapat dihapuskan serta-merta.