ANTI OKSIDA



Bahan antioksida merupakan bahan kimia 'baik' yang diperlukan tubuh untuk meneutralkan radikal bebas dan mencegah kerosakan yang ditimbulkan oleh radikal bebas terhadap sel normal, protein, dan lemak. .
Bahan ini menstabilkan radikal bebas dengan melengkapkan kekurangan elektron yang dimiliki radikal bebas, dan menghambat terjadinya reaksi berantai dari pembentukan radikal bebas yang dapat menimbulkan tekanan oksidatif.
Ada beberapa bentuk bahan antioksida, di antaranya vitamin, mineral dan nutrien. Pelbagai jenis bahan antioksida ini berkerja bersama dalam melindungi sel normal dan meneutralkan radikal bebas.
Ada dua jenis antioksida iaitu endogenous yang dihasilkan oleh tubuh, serta exogenous yang didapati dari luar tubuh terutama dari makanan.
Meskipun dapat menghasilkan antioksida sendiri, tubuh cenderung lebih bergantung pada antioksida yang berasal dari luar. Antioksidan ini akan bekerja dengan cara memberikan elektron pada molekul radikal bebas sehingga meneutralkan sifat buruk dari radikal bebas tersebut.
NADASUTRA SKINCARE
Antioksidan