KISAH CINTA TRAGIS: 18+ SX, 18+ SG, 18+ SLS DAN 18+ SLES




Sebab ada post mengenai soal jawab putus cinta kat page nadasutra skincare mak dapat pm camni :
"Kak bee macam tau² je orang tengah putus cinta makan ati berulam jantong ! Sakitnya jiwa , merana rasa gelap gelita dunia bila mengenangkan orang yang disayang² bagai nak rak selama 2 tahon putuskan hubungan macam tu je . Serius sakit kak , makan tak berselera mandi tak mandi belakang kira . Takde semangat kak . Boleh gila dibuatnya ! Kak , tolonglah bagi nasihat kat saya ni . Saya stress kak . Sangat ! Susahnya nak move on kak" . Mak macam "oh my".
Mak tau dia betul² tengah sakit , kecewa , sedih , lost ..dan rapuh sangat . Bersyukur sebab dia masih cuba meluahkan perasaan dan mencari jalan keluar dari kemelut jiwa yang dihadapinya . Bersyukur sebab dia tahu , walau macam mana sukar pun dia perlu "move on".
Mak kata gini . Kita ni manusia biasa , adalah normal hadapi kegagalan , kekecewaan dengan rasa sedih . Kita berhak bersedih tapi hadkan masa untuk bersedih . Kita jangan biarkan kesedihan tu buat kita dungu , murung dan menyiksa diri zahir batin .
Buang semua yang berkaitan dengan si dia dan kenangan lama (kalau kita sejenis sentimental) .
Delete kemudian block apa saja berkaitan dia di media sosial dan gajet kita . Jauhkan diri daripada kenalan dan kawan² yang mengenali kita bersama buat sementara .
Senaraikan beberapa perkara yang perlu kita buat . Untuk menaikkan semangat , mood dan memberi inspirasi hidup . Ubah gaya hidup kepada yang lebih sihat , jaga makan , minum , pakai dan tubuh badan . Amalkan atau sibukkan diri dengan aktiviti sihat seperti bersenam , beriadah dan bersosial (bercampur dengan orang² yang positif) .
Letakkan sasaran kejayaan baru yang ingin dicapai . Contoh target nak beli kereta baru , nak melancong ke luar negara atau target nak jadi selim melim cun melecun meletop bang bang bang selepas beberapa bulan .
Usaha untuk merasa lebih baik dengan diri sendiri . Kalau dah bosan dengan baju , solekan atau fesyen rambut yang sama tukarlah kepada yang lebih fresh lebih fancy . Pakailah warna² yang ceria , tinggal warna² pudar dan gelap² tu seketika .
Apa saja yang menyihatkan , menyegarkan tubuh , emosi dan minda amatlah baik buat yang sedang patah hati . Malah , baik untuk semua orang . Asalkan tak berkurung dalam rumah , melayan cerita dan lagu sedih lagi sadis asyik merungut dan merintih di media sosial . Paling busuk pegi stalk pulak si polan tu lagi !
*** KEESOKANNYA
"Kak bee , saya dah delete and block jantan tak gune tu kat semua tempat ! Saya dah bakar semua hadiah yang dia bagi pada saya . Baju² yang dia belikan pun saya dah kasi orang . Saya dah start turun pi gym semalam . Petang ni saya nak shopping baju ngan mekap baru . Kalau sempat saya nak singgah salun cuci rambut dan manicure . Semua saya dah plan kak ! Tapi kak esok macam mana ? "
Mak : macam mana apa ?
"Esok saya kena pegi site dengan dia . Dia bos saya"
Mak : okbai