produk kecantikan kandungan merkuri tinggi tak selamat terutama buat wanita hamil

Kandungan merkuri dalam kosmetik banyak terdapat di dalam bahan pemutih/ pencerah kulit. 60% pengguna di Asia menggunakannya untuk kulit lebh putih dan cerah tanpa mengetahu kandungan merkuri yang tinggi di dalamnya sangat berbahaya.

Kesan jangka panjang termasuklah kerosakan saraf terutamanya pada tangan, kerosakan ginjal. Ia juga memberi kesan terhadap ssusu ibu dan juga janin di dalam kandungan. Dengan hanya membuka penutup botol kosmetik pun ia boleh memberi kesan.

Kalau mahu tahu sama ada produk kosmetik itu mengandungi kandungan merkuri yg tinggi, puan bolehlah sapukan sedikit cream produk itu pada cincin atau gelang emas puan. Jika warna nya bertukar menjadi kelabu, itu tandanya ia mengandungi banyak merkuri. Ini bukan sihir atau silap mata. Ini sains kimia.

Pastikan membeli produk kosmetik yang dipercayai, daripada syarikat yg mempunyai integriti.


Tips Dr Zubaidi Hj Ahmad