Mencegah pereputan gigi

PERKEMBANGAN pengetahuan mengenai kesihatan gigi telah menunjukkan bahawa gigi bukan sahaja penting untuk menggigit dan mengunyah malahan juga berkait rapat dengan kesihatan sistem badan yang lain.

Selain mampu memberi kesan kepada darah dan jantung, kesihatan gigi dan gusi juga penting dari segi penampilan.

Seseorang itu akan kelihatan lebih sihat dengan penampilan gigi dan gusi yang sihat selain mulut yang tidak berbau.

Penjagaan gigi untuk kekal sihat dan kuat melibatkan memberus dan memflos bagi membersihkan mulut selepas makan dan mengurangkan jumlah bakteria dalam mulut.

Namun, alasan utama mengapa kita memberus gigi dan memflos adalah untuk menanggalkan plak, yang juga dikenali sebagai biofilm, iaitu lapisan nipis tidak berwarna pada permukaan gigi yang dihasilkan oleh longgokan bakteria di dalam mulut.

Plak ialah satu daripada punca utama pereputan gigi. Jika tidak dibuang, lapisan nipis ini akan menjadi semakin tebal dan bakteria di dalamnya akan mula mengeluarkan asid hasil metabolisme tanpa oksigen.

Memandangkan air liur yang bersifat alkali tidak dapat menembusi lapisan plak ini, asid yang dihasilkan itu tidak dapat dineutralkan dan akan merosakkan permukaan gigi yang dilitupi plak berkenaan...