Kelebihan vitamin C




Apabila mendengar mengenai vitamin C pastinya ramai yang beranggapan bahawa vitamin C ini hanya baik untuk kecantikan kulit sahaja.

Namun ramai yang tidak tahu bahawa vitamin C sebenarnya mampu memberi manfaat yang baik untuk keseluruhan tubuh badan anda.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa manfaat baik vitamin C untuk tubuh badan anda.

Melawan jangkitan kuman
Ia menjadi sokongan untuk sel darah putih dan antibodi bagi melindungi badan daripada penyakit yang disebarkan melalui virus, kuman dan bakteria.

Mengimbangi kesan stres
Stres menyebabkan penyakit mental dan fizikal. Vitamin C membantu meneutralkan toksin yang dirembeskan ketika anda mengalami tekanan.

Memelihara kesihatan mata
Pengambilan vitamin C yang betul dapat mengelakkan mata daripada dijangkiti katarak dan glaukoma.

Mengurangkan risiko sakit jantung
Vitamin C dapat mengelakkan lemak yang berada dalam saluran darah daripada berkumpul di saluran arteri dimana ia adalah punca utama serangan jantung