Sunday, March 2, 2014

Kesalahan pengambilan ubat dan akibatnya






 

Kesalahan pengambilan ubat dan akibatnya
Kegagalan untuk mengikut cara pengambilan ubat yang betul boleh mengakibatkan terjadinya kesan yang tidak diingini. Diantaranya adalah;


Kegagalan rawatan atau penyakit berulang
.

Penyakit berjangkit seperti TB adalah contoh dimana kegagalan rawatan boleh dilihat dengan simptom penyakit berulang semula.

Penambahan atau penukaran ubat yang kurang sesuai.


Perkara diatas boleh terjadi jikalau pesakit tidak memberikan maklumat yang betul atau berbohong tentang penyakit yang dihidapi. Menambah atau menukar ubat yang kurang sesuai boleh meningkatkan risiko kegagalan rawatan dan kesan buruk yang tidak diingini disamping meninggikan kos rawatan. Perkara sebegini boleh membahayakan diri pesakit yang menghidapi penyakit kronik seperti darah tinggi, sakit jantung,dan sawan.


Kesan toksik

Kesan toksik boleh terjadi dari;

Pesakit menambah atau mengurangkan bilangan ubat atau dos ubat.

Memberhenti atau meninggalkan ubat yang penting untuk mengawal kesan toksik ubat lain. Sebagai contoh adalah pengambilan ubat tambahan kalium disamping ubat digoxin dan agen diuretic (frusemide) kepada pengidap sakit jantung. Ketidakkomplianan dalam pengambilan kalium boleh mengakibatkan paras kalium dalam badan menjadi rendah dan pesakit akan menghadapi risiko toksik ubat digoxin.

Peningkatan masa rawatan, kadar kematian dan kos rawatan.


Perkara diatas boleh terjadi akibat pengambilan ubat yang diperolehi dari doktor ataupun kedai ubat tanpa nasihat. Dalam kes sedemikian, ubat telah tidak digunakan untuk tujuan yang tertentu atau diguna dengan cara yang tidak betul.