Thursday, March 6, 2014

Mitos kecantikan: Fakta atau auta?

Sesetengah mitos kecantikan hanyalah mitos sahaja dan anda pasti terkejut betapa banyaknya mitos kecantikan yang biasa kita dengar atau lakukan telah dibetulkan oleh pakar-pakar. Untuk memastikan anda tampil cantik dengan mitos yang betul , beberapa mitos kecantikan telah diuji dan anda akan agak terkejut dengan keputusannya di bawah.


Ubat gigi boleh menghilang jerawat

Fakta! Ubat gigi boleh menghilangkan jerawat bergantung kepada bahan-bahannya yang mana boleh mengeringkan kulit. Gunakan ke atas permukaan jerawat sahaja, ubat gigi membantu keringkannya sekaligus mempercepatkan proses pemulihan.. Walaubagaimanapun, perlu diingat bahawa ubat gigi boleh merengsakan kulit anda lalu menyebabkan kekeringan dan kulit mengelupas. Jadi pastikan anda menggunakannya di kawasan yang kecil sahaja.


Timun membantu menghilangkan mata lebam

Fakta! Timun sangat membantu dalam mengurangkan mata lebam, kerana apa-apa yang sejuk sangat baik untuknya. Oleh kerana timun adalah benda yang sejuk, ia akan membantu mengurangkan lebam di bawah mata dan pada masa yang sama, akan menyegarkannya.


'Wax' atau bercukur membuatkan bulu badan tumbuh lebih tebal

Auta! 'Wax' atau bercukur membuang bulu badan tetapi tidak akan membuatnya tumbuh semula lebih tebal. Sebenarnya, selepas bulu badan dicukur atau dicabut, ia akan menjadi lebih kasar. Jadi ia kelihatan lebih tebal daripada sebelumnya.


Berkongsi alatan solek adalah tidak sihat

Fakta! Ia telah terbukti bahawa alatan solek yang dikongsi sebenarnya akan menyebabkan pengguna berkongsi bakteria, yang mana boleh menyebabkan jangkitan atau masalah kulit. Jadi, cuba elakkan daripada meminjam sebarang alatan solek seperti gincu atau celak mata jika anda mahu selamat. Selain itu, jangan gunakan alatan solek yang dijadikan penguji sebaliknya hanya gunakan alatan solek milik anda sendiri jika anda tidak mahu untuk bertukar-tukar kuman dengan orang lain!


Tidak elok memicit jerawat

Fakta! Adalah satu perkara yang baik untuk membiarkan jerawat begitu sahaja jika anda tidak mahu ia dijangkiti bakteria, merebak ke permukaan lain atau menjadi lebih teruk lagi. Memicit jerawat hanya akan menyebabkan jangkitan merebak ke permukaan lain, lalu membanyakkan lagi jerawat di kulit. Bersihkan kulit anda dengan betul dan biarkan jerawat hilang dengan sendirinya.


Lebih banyak mencuci muka adalah lebih baik

Auta! Kerap kali mencuci muka anda hanya akan menyebabkan kekeringan dalam jangka masa panjang. Pencucian yang betul dua kali sehari, pada siang dan malam adalah cukup untuk menjaga kulit anda dengan baik, tanpa membuang penghalang natural yang melindungi kulit daripada faktor-faktor alam sekitar.


Hanya orang yang berlebihan berat badan mempunyai selulit

Auta! Anda tidak perlu mempunyai berat badan berlebihan untuk mendapatkan selulit. Jadi semua orang mudah mendapat selulit tanpa mengira berat badan mereka. Selulit dipengaruhi oleh jantina , gen serta gaya hidup, jadi hakikat bahawa anda sedang bekerja di luar mungkin tidak akan membuatkan anda selamat daripada selulit.


Jus lemon boleh mencerahkan kulit dan rambut

Fakta! Jus lemon sememangnya boleh membantu dalam mencerahkan kulit dan rambut . Mereka membantu mencerahkan, bukan menghitamkan, jadi gunakan jus lemon berhati-hati jika anda ingin untuk mencerahkan kulit atau rambut anda secara semulajadi. Namun begitu, jangan lupa bahawa jus lemon yang terkena pada kulit atau rambut terlalu lama boleh menyebabkan kerengsaan atau kekeringan pada kulit.