Thursday, March 13, 2014

Pemakaian Tudung: Bagaimana ianya boleh jadi haram?

Beberapa hari lepas saya terlihat sebuah “poster” yang amat menarik untuk dikongsi kat blog ni, mengenai fesyen pemakaian tudung.

Saya bukan nak tulis entry mengenai “Kewajipan memakai tudung” atau “Kelebihan memakai tudung”,sebaliknya nak mengajak para wanita muhasabah diri mengenai cara pemakaian tudung mereka, sama ada ianya bersesuaian dengan syara’ ataupun hanya merosakkan lagi nama Islam.

 Mari tengok fesyen pemakaian tudung yang salah (walaupun menutup aurat).

Pembetulan: Ada sesetengah ustaz yang berpendapat fesyen tudung yang kedua di bawah di benarkan. Wallahu’alam.



Sanggul


Kalau anda perasan, fesyen tudung macam ni adalah yang paling up-to-date konon-kononnya. Sedar atau tidak, sekarang ni dah makin ramai orang pakai tudung fesyen ni. Elakkan fesyen tudung sebegini.

Jadi kalau ada di antara rakan-rakan anda yang memakai fesyen-fesyen tudung seperti di atas, diharapkan korang dapat tegur diorang baik-baik. Jangan pulak marah-marah diorang, nanti tak pasal-pasal pulak diorang taknak bertudung terus! Nasihat elok-elok, anda mampu mengubahnya...