Monday, March 3, 2014

Tips fesyen yang perlu dielak oleh lelaki

Fesyen selalunya lebih sinonim dengan wanita, namun lelaki zaman moden ini juga amat mementingkan penampilan mereka dalam berfesyen. Namun kebanyakan lelaki akan memilih untuk berfesyen yang ringkas.

Tidak salah untuk tampil ringkas tetapi haruslah mengikut tema dan juga jangan terlalu ringkas hingga digelar selekeh.

Apabila wanita melihat raut wajah anda yang menawan pasti terpikat namun terus membatalkan hasrat untuk membalas kembali senyuman kerana pakaian anda yang langsung tidak mencermin seorang lelaki yang bagus.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberap tips yang perlu dielak jika anda mahu tampil bergaya.


Menaikkan kolar baju

Kebenarannya wahai lelaki di luar sana yang gemar menaikkan kolar baju anda, ianya langsung tidak 'cool' apabila dipandang malahan seperti mahu berlagak kacak pula. Sekadar kemas dan juga membutangkan baju anda ianya sudah mencukupi.

 Bagi yang tidak tahu, sejarah fesyen ini telah mula pada tahun 1929 apabila RenĂ© Lacoste telah mereka pakaian dari kapas yang dia akan gunakan untuk melindungi leher dari cahaya matahari terik ketika bermain tenis. Ketika itu mungkin tiada lagi sunblock, namun kini anda boleh dapati di kedai penjagaan kesihatan berdekatan untuk melindungi leher anda dari cahaya matahari.


Memakai cermin mata hitam di dalam bangunan dan diwaktu malam

Seperti jelik pun ada apabila melihat lelaki memakai kaca mata hitam di dalam bangunan seakan-akan panas. Menurut pelakon komedi Larry David mengenai lawaknya ada berkata "Orang yang memakai kaca mata hitam di dalam bangunan adalah orang buta dan teruk."

 Adakah anda sebagai seorang lelaki memakainya kerana tiada tempat untuk menyimpan cermin mata hitam itu atau mahu dilihat hebat? Jika begitu tanggapan anda, ianya salah. Itu antara kesalah fesyen bagi si lelaki .


Jersi bola sepak

Kami tahu anda mungkin peminat nombor satu bola sepak namun jangan lah pergi ke mana-mana anda sarungkan sahaja baju tersebut. Nampak tidak bergaya. Apa kata sekali sekala tukar gaya tersebut.


T-shirt berkolar V

Seakan mahu menunjukkan bulu dada sahaja apabila anda menggayakan t-shirt ini keluar. Pilihlah yang sesuai, anda pun pasti mempunyai daya fesyen yang tinggi, tunjukkan kepada wanita anda pun boleh bergaya!