Tuesday, April 1, 2014

Membunuh nyamuk dengan hanya botol, yis & gula perang




KESIHATAN ADALAH SEGALANYA! - JOM BELAJAR MEMBUAT PERANGKAP NYAMUK YANG MUDAH DAN MENENTANG NYAMUK ADEAS DAN DENGGI.


200 ml air
50 gram gula perang,
1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan
1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1.  Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2.  Campurkan gula perang dengan air panas.
     Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis (tidak perlu gaul) Ia akan  menghasilkan karbon dioksida.

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam,  dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.