LELAKI PUN FLAWLESS




Kurang tidur atau tidur yang tidak berkualiti mempunyai kesan negatif yang besar ke atas kesihatan kita dalam jangka masa panjang dan pendek.

Antara kesan tidak cukup tidur ialah kesan negatif terhadap tumpuan, ingatan dan pembelajaran. Kesan jangka panjang pula seperti masalah PENUAAN kulit yang teruk (kerepot) , masalah kesihatan yang ketara misalnya obesiti, kencing manis, sistem imun yang lemah juga kanser.

Kurang tidur turut berkaitan dengan banyak keadaan psikologi seperti kemurungan, kebimbangan serta psikosis. Tidur yang berkualiti memberi impak yang besar dalam kehidupan.

Tidur merupakan fasa rehat secara fitrah kepada setiap benda bernyawa. Begitulah juga kulit kita dapat REHAT sewaktu kita tidur. SEMUA proses pemulihan dan pembentukan sel BARU berlaku waktu kita rehat.

Sebaiknya kita ikut sunnah bila tidur iaitu mengiring ke kanan (baik untuk melancarkan pengaliran darah ke jantung) Cuma pastikan cadar atau sarung bantal yang kita guna untuk tidur SELALU dibersihkan supaya kulit muka kita tidak dijangkiti kuman bakteria yang akan menyebabkan masalah kulit seperti JERAWAT timbul. Jika tidak kenalah kita tidur pandang ke atas ðŸ™„ macam patung.

Pendek kata, kita mesti dapatkan tidur yang nyenyak sekurang-kurangnya tujuh hingga lapan jam sehari untuk dapatkan kulit yang berseri dan sihat. Tiada kompromi jika kita memang inginkan kulit sihat.

Jangan hairan kalau ada orang LELAKI berkulit lebih licin dari perempuan. Selain penjagaan kulit wajah dan kesihatan, dia sebenarnya mendapat tidur yang berkualiti. LELAKI pun tahu rahsia ni!

Pupurkan penyegar Magic Essence dan oleskan Calming Gel sebelum beauty sleep kita malam ni ya! Wink wink ðŸ˜‰

#nadasutra #nadasutraskincare #skincare#naturalproduct #naturalingredients#noharshchemicals #nodangerouschemicals#hydrating #rejuvenating #tightening #firming#calming #soothing #phbalanced #labtest