Kanser
payudara adalah antara kanser yang paling utama di Malaysia. Di
Malaysia, golongan wanita berumur dalam lingkungan usia 50-59 tahun
adalah golongan yang kerap mengidap kanser payudara. 95% pengidap kanser
payudara adalah dari kalangan wanita yang berumur lebih dari 40 tahun.
Kaum lelaki juga berisiko mengidap kanser payudara tetapi insidennya
terlalu rendah iaitu cuma 1% daripada keseluruhan kes kanser payudara.
Terdapat ketulan pada payudara dan perubahan permukaan payudara yang menjadi tidak rata.
Kulit pada payudara kelihatan berbintik, kemerahan dan keras.
Keluar darah ataupun lendir berdarah dari puting susu.
Puting susu tenggelam ke dalam payudara.
Terdapat saluran darah yang menonjol di permukaan kulit payudara.
Luka yang tidak sembuh pada permukaan payudara.
Terasa ada biji atau ketulan di bahagian ketiak.
Hilang selera makan dan turun berat badan.
Tanda-tanda kanser merebak ke organ-organ lain badan seperti ke
paru-paru menyebabkan sukar bernafas dan batuk berdarah, sakit tulang,
sakit kepala dan lain-lain lagi.
Jika terdapat tanda-tanda di atas ke atas diri anda, segeralah berjumpa pakar perubatan.
Rencana
bergambar ini menunjukkan tanda-tanda yang jelas mengenai kanser
payudara. Kebanyakan tanda-tanda ini diperingkat yang lewat di mana
tanda-tanda yang didapati lebih ketara.
Kita sepatutnya lebih peka
terhadap tanda-tanda awal sebelum ianya sampai keperingkat yang
ditunjukkan. Walau bagaimana pun untuk penjelasan, gambar ini merupakan
tanda-tanda yang harus diawasi semasa menjalankan pemeriksaan sendiri
payudara setiap bulan.
Peringatan: Kami berharap gambar-gambar ini
walaupun menakutkan anda, sebaliknya akan memberi idea bagaimana untuk
mengesan kelainan di payudara anda masing-masing.
Mengenali Peringkat Serta Tahap Penyakit Barah Payudara
Sehinggalah
waktunya pencegahan barah payudara ditemui, usaha menangani penyakit
tersebut adalah terletak kepada keupayaan untuk mengesannya pada
peringkat terawal serta mendapat rawatan penyakit tersebut.
Tahap-tahap
kanser selalunya merujuk kepada keadaan kanser payudara selepas
penyiasatan, yang selalunya termasuk siasat bedah ataupun biopsi.
(Biopsi adalah suatu penyiasatan di mana sedikit tisu payudara akan
diambil untuk kajian makmal).
Kelenjar limfa di ketiak juga diperiksa
untuk mengenal pasti adakah kanser telah merebak ke limfa (lymph nodes).
Tetapi, tahap hanyalah satu daripada ciri-ciri kanser yang perlu
diketahui. Jenis sel-sel kanser(cell type) juga penting apabila jenis
rawatan perlu dipertimbangkan.
Tahap serta peringkat penghidapan penyakit ini boleh dibahagikan kepada empat tahap.
Tahap 1
Ini
adalah tahap terawal penghidapan penyakit barah payudara. Pada
peringkat ini, ketumbuhan barah adalah dalam ukuran sebesar 2 cm ataupun
kurang daripadanya. Dalam tahap ini, sasaran serangannya adalah terhad
kepada bahagian payudara sahaja.
Tahap 2
Pada tahap serta
peringkat yang kedua ini, ukuran ketumbuhan barah payudara akan
meningkat diantara 2 cm hingga 5 cm. Selain daripada bahagian payudara,
ia turut menjadikan nodus limfa (yang terdapat pada bahagian bawah
ketiak) sebagai sasaran serangannya.
Tahap 3
Saiz ketulan
barah payudara berukuran 5 cm. Pada peringkat ini, barah payudara sudah
melibatkan nodus limfa ketiak, kulit ataupun otot yang terdapat di
bawahnya (otot bahagian dada).
Tahap 4
Pada peringkat serta
tahap ini, serangan barah ini akan menjalar kepada bahagian serta
organ-organ yang terletak agak jauh daripada bahagian payudara. Antara
bahagian yang menjadi sasaran serangan barah payudara pada peringkat ini
ialah nodus limfa pada leher, paru-paru, hepar ataupun tetulang
penghidapnya.