Suatu ketika dulu, kita pernah di gemparkan dengan seorang perempuan dari Afganistan yang telah di dera oleh suami dan iparnya dengan kejam.
Bibi Aisha pada ketika
itu baru sahaja menginjak usia 18 tahun telah pun mendirikan rumah
tangga dengan seorang lelaki penduduk Taliban.Menurut berita terdahulu Aisha di katakan telah melarikan diri dari rumah suami menuju ke kampung halaman. Namun, suami dan iparnya berjaya temui Aisha.
Malah, paling menyayatkan hati Aisha di katakan di tinggalkan begitu sahaja tanpa peri simpati. Terseksa sendirian menanggung sakit.
Namun tuah Aisha bila dia di temui tenat oleh pihak tentera luar yang berada di Afganistan ketika itu.
Dan kisah Aisha telah telah tersebar satu dunia yang menyebabkan penduduk Taliban telah dikritik hebat dengan sikap yang sangat melampaui batas sebagai muslim.
Itulah kisah hitam yang di lalui remaja perempuan 4 tahun lalu. Dan berita terkini, Aisha yang tinggal di US telah melaui pembedahan plastik untuk membentuk hidung dan telinga yang baru.
Kisah perempuan Islam teraniaya, kadang-kadang berlaku di tempat sendiri oleh kaum kerabat sendiri. Sebab tindakan sesetengah muslim, akhirnya ajaran Islam sedikit sebanyak di salah ertikan sebagai kejam.
.