Ramai yang beranggapan bahawa pemakaian tali pinggang adalah kurang
penting atau kurang memainkan peranan dalam berfesyen, namun tahukah
anda bahawa pemakaian tali pinggang yang bersesuaian akan menjadikan
penampilan anda tampak sempurna.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips untuk
menggayakan tali pinggang untuk tampak menarik dan bergaya.
Ketahui paras pinggang
Jika anda mempunyai badan yang pendek, kedudukan tali pinggang di
hadapan seeloknya direndahkan sedikit manakala bahagian belakang jatuh
di atas garisan pinggang. Bagi yang tinggi, pakai tali pinggang pada
paras pinggang sebenar.
Kelebaran tali pinggang
Kelebaran tali pinggang mempengaruhi keseluruhan rupa kamu. Bagi yang
berbadan besar, pilih saiz tali pinggang yang sedikit lebar. Manakala skinny belt sangat sesuai buat si kurus.
Permainan rona
Bergantung pada apa yang ingin kamu tonjolkan. Jika kamu mengenakan helaian polos, pilih rona yang terang atau bercorak.
Tambah lapisan helaian
Jaket dan kardigan mampu menambah dimensi tekstur yang menyelamatkan keseluruhan gaya.