Peluntur atau penanggal
penggilat kuku mungkin tidak akan sentiasa ada di setiap rumah. Tetapi,
jika anda mempunyai satu di rumah, anda boleh menggunakan produk
kecantikan ini untuk pelbagai kegunaan seperti berikut:
Anti 'super glue'
Adakah jari anda pernah
terlekat dengan 'super glue' tanpa disengajakan? Jangan risau kerana
penanggal pengilat kuku boleh menanggalkan 'super glue' tersebut tanpa
menyakitkan kulit jari anda.
Anda hanya cuma perlu melembapkan bebola kapas, dan sapukan pada
permukaan kulit jari yang terkena 'super glue' itu untuk
menghilangkannya.
Menghilangkan kesan kertas pelekat
Adakah salah seorang
kawan anda pernah bergurau dengan meletakkan pelekat pada tingkap kereta
anda atau pada mana-mana barang kesayangan anda? Tidak perlu bimbang
kerana kesan/sisa pelekat tersebut boleh dihilangkan dan tampak seperti
baru. Selepas anda menanggalkan pelekat tersebut, sapukan cecair
penanggal pengilat kuku ke atasnya. Ia akan melarutkan sisa kesan yang
melekit dan menghilangkannya.
Membersihkan papan kekunci komputer
Tidak kira betapa bersih
tangan anda, habuk dan serpihan kotoran tetap akan melekat dan
mengotorkan papan kekunci anda. Tetapi apa akan anda lakukan sekiranya
tiada bahan pembersih untuk komputer? Anda boleh gunakan cecair untuk
menanggalkan pengilat kuku. Celupkan bebola kapas ke dalam cecair
penanggal pengilat kuku dan gosok perlahan-lahan pada papan kekunci.
Senang, bukan?
Memadamkan kotoran degil pada lantai
Di atas lantai 'vinyl',
kotoran boleh menjadi gangguan setiap hari. Untuk memadam dan
menghilangkan ketidaksempurnaan ini, anda boleh gunakan cecair penanggal
pengilat kuku ini dengan mencelupkan tuala atau kain buruk dan gosok.