Tips melancong yang perlu anda tahu




         


Pergi melancong sememangnya menjadi kesukaan semua orang kerana anda dapat merehatkan minda disamping menambah pengalaman dan menerokai tempat orang.

Namun, apabila anda pergi melancong dan tidak mahu mempunyai masalah ketika melancong, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips atau panduan ketika melancong yang dipetik dari sebuah portal gaya hidup tempatan.

Pastikan simpan duit kecemasan
Pastikan anda sentiasa mempunyai duit kecemasan di tempat yang tersorok di dalam bagasi untuk keselamatan anda di waktu ditimpa masalah.

Bawa peta tempat yang anda pergi
Sememangnya kita tahu bahawa dunia hari ini canggih dengan teknologi moden yang mampu membawa kita ke mana sahaja yang kita ingin tuju. Tetapi, lebih baik jika anda gunakan peta yang mungkin orang kata 'old-skool' daripada habiskan bateri telefon pintar anda yang lebih penting untuk masa yang diperlukan.

Simpan beg plastik dalam beg pakaian anda
Tentunya anda tidak mahu pakaian berbau stokin atau hapak kerana bercampur dengan pakaian yang sudah di pakai. Pastikan simpan beg plastik dalam bagasi untuk asingkan barangan peribadi.

Simpan dokumen perjalanan dalam satu fail
Semestinya kita akan rasa serabut apabila perlu mencari dan menyelongkar setiap poket beg untuk mencari dokumen perjalanan dan pasport ketika 'check-in' di lapangan terbang. Jadi, simpanlah semua dokumen penting di dalam satu beg khas atau fail untuk lebih mudah.

Bawa 'travel kit'
Gunakan travel kit untuk bawa bahan-bahan cecair seperti syampu, sabun mandi dan pencuci muka bersaiz mini. Semestinya anda tidak mahu barang-barang keperluan anda dihalang masuk pesawat ketika pemeriksaan beg di kaunter pelepasan lapangan terbang. Ia juga dapat menjimatkan ruang beg anda.

Ambil tahu di mana pejabat kedutaan
Ia sangat serius. Jangan fikir anda berada di negara yang selamat tidak akan ada masalah berlaku kepada anda. Layari dan buat research, catat alamat pejabat kedutaan berada dan simpan di tempat yang selamat.

Diharap dengan tips ini dapat membantu anda ketika pergi melancong. Selamat bercuti!