UNTUK
mengawal kadar kolesterol supaya tidak terlalu tinggi dalam tubuh
seseorang, ia boleh dilakukan dengan terapi nutrisi iaitu melalui
pengambilan makanan anti kolesterol yang boleh diperoleh dalam hidangan
seharian individu.
Hakikatnya, anda boleh membuat pilihan hidangan
tepat dengan menggantikan lemak jahat dalam tubuh kepada lemak
bermanfaat.
Limau nipis
Antara pelbagai jenis limau, limau nipis atau lemon adalah yang
paling banyak mengandungi flavonoid. Sebatian ini mampu menentang
produksi lemak berlebihan selain mengurangkan risiko serangan jantung.
Flavonoid boleh didapati dalam teh, brokoli, tomato, bawang (seperti
bawang merah) dan delima.
Ikan Tuna
Kandungan tuna termasuk sumber asid lemak omega-3 yang popular,
selain salmon, Omega-3 secara khususnya melindungi tubuh dalam mengawal
kenaikan kolesterol dan lemak jahat.
Tempe
Makanan ini kaya dengan sebatian fisoflavon yang bersifat anti kolesterol. Selain tempe, fisoflavon juga terdapat pada tauhu.
Kacang Tanah
Kacang tanah mengandungi banyak lemak sihat sekali gus kaya dengan
vitamin E yang mampu ‘mengunci’ radikal bebas sehingga menghalang
pembentukan plak pada dinding pembuluh darah bagi mencegah serangan
jantung
Mangga
Vitamin C banyak terdapat pada mangga. Sumber lainnya termasuklah
belimbing, aneka jenis limau, kedondong, betik, rambutan, strawberi dan
kiwi. Vitamin C mencegah kehadiran kolesterol jahat dalam tubuh selain
melindungi jantung daripada pembentukan plak pada pembuluh darah.