Pemakaian mekap mata seperti 'eyeliner' dan 'eyeshadow' selalunya tidak
akan dapat bertahan dengan lama. Lebih-lebih lagi jika anda berada di
luar seharian, malah kadang-kala tidak sampai separuh hari mekap anda
sudah comot.
Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi beberapa tips yang dipetik dari
sebuah portal gaya hidup mengenai bagaimana mahu mengekalkan mekap mata
dalam tempoh yang lama.
Pertama, anda harus kenali jenis kulit wajah anda, ini kerana
kebiasaannya hal ini terjadi kerana kulit anda mempunyai kulit jenis
berminyak.
Pilih 'foundation' yang bebas minyak, kemudian sapukan pada kelopak mata
dan biarkan ia kering kemudian ambil tisu kering dan lekapkan pada
kelopak mata untuk menyerap lebihan minyak.
Kemudian, gunakan krim pembayang mata dan biarkan kering selama seminit, selepas itu sapukan pembayang mata yang biasa.
Gunakan dua jenis pembayang mata yang berbeza kerana krim mampu menyerap
kedalam kulit dan tahan lebih lama manakala pembayang mata jenis serbuk
akan membantu menyerap lebih minyak pada kelopak mata.
Untuk 'eyeliner' pula, anda disarankan menggunakan 'liquid eyeliner' yang kalis air berbanding pensel kerana ia mudah comot.