Antara jerawat dan jeragat , mana satu yang anda paling benci? Survey kami menunjukkan (jeragat vs jerawat), 98.8% pilih benci jeragat berbanding jerawat. Punyalah ramai orang lelaki dan wanita yang tak suka jeragat.
Memang annoying sangatlah sebab susah nak hilang. Jerawat masih boleh bawak berbincang sebab adakalanya jerawat ni jadi penyeri pada muka (orang la kata). Sekurang-kurangnya boleh dicegah, diredakan dan dipudarkan parutnya. Tapi kalau jeragat...huhuhuuu je la kan.

Susah, memang susah nak cari jalan keluar untuk masalah jeragat. Kalau hilang pun muncul semula jika tak jaga kulit wajah dengan rapi dan sebaik mungkin. Macam-macam skincare yang ada di psaran, akan tetapi sebab skincare lah ramai yang naik jeragat teruk dan jadi lebih teruk. Semuanya disebabkan kandungan bahan kimia merbahaya dalam kuantiti yang berlebihan pula di dalam produk penjagaan wajah. Kami doakan kawan-kawan yang baca ni semua bebas jeragat.

Pilihlah produk yang mampu meminimumkan kemunculan atau penghasilan jeragat. Elakkan produk yang meragukan kerana anda perlu tahu, semakin banyak kandungan kimia keras (kuat) -harsh chemicals semakin cepat perubahan yang boleh dilihat.

Hati-hati memilih jalan singkat...