HA Sebagai Anti-Penuaan




Kulit kita terdedah kepada pancaran UV setiap hari, bahan asas kosmetik yang merbahaya dan pencemaran persekitaran yang memberi kesan tidak baik kepada kulit.

Di dalam penyelidikan sains dan kosmetologi, HA atau nama penuhnya HYALURONIC ACID juga bertindak sebagai anti-oksidan dan memberi perlindungan yang terbaik daripada ancaman pencemaran tersebut. Ini adalah mengapa kami gelar HA sebagai elemen anti-penuaan pelbagai guna!

HA memberi manfaat kepada mereka yang berkulit sangat sensitif. Jika anda mempunyai kulit berminyak, HA adalah penyelesaian kepada masalah anda. HA mengimbangkan pH wajah dengan memberi kelembapan yang cukup - pengeluaran minyak semulajadi pada wajah tidak lagi keluar secara berlebihan di permukaan kulit wajah.
HA juga memberi kesan yang baik kepada mereka yang mempunyai kulit sensitif seperti sangat cenderung untuk menjadi kemerah-merahan, timbul gatal-gatal kerana HA memberi kelegaan apabila disapukan pada permukaan kulit yang sensitif tersebut.
Mengapa tidak memilih produk yang memiliki HA seperti ini?