KETAWA UNTUK CANTIK



Ketawalah untuk cantik dan di sini kami beri 5 sebab ketawa boleh mencantikkan diri kita dari dalam.

Banyak kajian tentang proses penuaan membuktikan ketawa menggalakkan peredaran darah ke kepala dan hati. Aliran darah yang lancar bagus untuk kesihatan secara keseluruhan dan juga mampu menyerlahkan kecantikan dari dalam.

Ketawa tanpa sekatan mampu memberi kelegaan buat fizikal kita. Beberapa bahagian otot ikut bersenam ketika kita ketawa termasuklah diafragma, otot abdomen dan bahu. Ini merupakan aktiviti senaman yang paling ringkas dan mudah.

Peredaran darah ditingkatkan kepada semua organ utama termasuklah otak. Apabila kesihatan organ utama dalam keadaan baik, jelas terpancar keserian pada wajah.

Sesetengah kajian pula membuktikan ketawa mampu mengurangkan kesakitan. Pakar perubatan juga menggunakan terapi ketawa di dalam rawatan kanser bersama penyakit kronik lainnya.

Apabila kita ketawa, tahap hormon stress berkurangan dan tahap hormon sihat meningkat. Sistem imunisasi dilancarkan dengan pembebasan endorphins = natural feel-good chemicals.

Senyumlah setidak-tidaknya andai tidak mampu ketawa.
Nadasutra Skincare
Ketawa dan jaga kulit wajah setiap masa!