Assalamualaikum wbt semua, eiiii tak jawab le tu jangan nipu. Jawab lekaih dalam ati! Babab kang!
Hurmm...lama dah berteleku depan lappy ni sambil tergaruk-garuk kepala yang tak gatal. Amende la asal tak tau nak buat apa je otomatik tergaruk-garuk. Sapa ada penyakit gini? Ok seppp!! Hurmm....bukan apa lama dah tak menulis yang sebenar-benar menulis. Setakat menceceh sekejap-sekejap dalam pesbuk tu ada la. Tu pun macam tak puas. Bukan malas tau, tapi kesempatan tak ada. Lagipun mak tak rasa pesbuk satu tempat untuk penulisan yang panjang. Untuk mak la, kalau orang lain ok la kot.
Topik apa ye sebagai pembukaan? Oh membuak-buak rasa di jiwa kurus ini nak berkongsi bab kecantikan. Haa ada satu topik yang mak nak up kan. Bab mekap remover. Eh, mak takde jual tau mekap remover. Ni sebab ramai yang mak jumpa masih blur dan paling kritikal tak pernah langsung tau apa tu mekap remover..yang dia tau remote astro ngan range rover. Aaa kan ke takde kene ngene tu wehh. Ok, ok mak siyes balik. Kehhh...mak ni pun bukan boleh dengar orang kata kat mak perkataan "tak tau pulak" atau "tak pernah kisah pun". Mula la mak rasa nak singsing lengan, dudukkan dia atau kalau dia dah duduk mak nak pusingkan pala dia hadap tepat muka mak sambil mak beri penerangan (sebenornya bebel le tu) ahaks! Bukan nak tunjuk pandai tapi memang nak share apa yang mak tau.
Tabiat kalau dah cakap, kena rempit sampai abis. Aaa, u-turn balik jauh dah mak engko terbabas. Berbalik pada remover tu, mudah je. Remover ni WAJIB ya, WAAAAAJIB..bukan Ajib ya (Jangan dipanggil budak ni kang dia datang bawak lastik. Suka lastik orang budak tu. Nakal)Haa wajib. Wajib ada dalam kehidupan kita. Nak kulit cantik la glowing la mowing la...remover pun takde berat nanang le mu.
Remover ni berfungsi sebagai pembersih kulit wajah. Remover adalah cecair pertama yang disapukan ke wajah untuk step pembersihan yang sebetul dan setepatnya. Remover terbagi kepada tiga kategori. Water based (Micellar Water) , Cream (Cleansing Milk) dan Oil (Oil Remover). Water based biasa untuk kulit yang tak bermekap. Polos gitu. Oil remover untuk kulit bermekap. Cream untuk yang mekap tak mekap kira light light je la.
Sejujurnya dari lubuk pankreas mak yang paling dalam, Oil Remover no satu best Cleansing Milk kedua suzuki best dan Water based remover ketiga asbestos best. Sebab ikut saintipik permukaan kulit wajah kita ni memang sentiasa terdedah dengan pencemaran udara dan alam sekitar terutamanya habuk, asap (banyak kategori minyak dalam asap ni), minyak dari bedak asas-foundation yang kita pakai (biasanya ada silicone-untuk cantikkan tekstur foundation tu) dan minyak semulajadi yang berlebihan daripada lapisan bawah kulit wajah kita sendiri. Deiiii verapa manyak minyak daaa ehh naik minyak jugak haku kang! Tiber.
Jadi ikut logik sains tingkatan satu la cecair manakah yang paling praktikal untuk tanggalkan minyak? Haaa....lambatlah. Minyak la. Dah la minyak ni susah nak tanggal. Even yang keluar dari lapisan bawah kulit wajah kita sendiri kalau kita tak bagi bersih habis dia masuk balik dalam pores tu jadi clogged pores. Pori tersumbat! Inikan pulak minyak dari kesan pencemaran udara dan dari bahan kosmetik macam foundation tu. Maknanya kat sini mak nak cakap, kita ni mekap ke tak mekap ke kulit wajah tetap ada minyak, tetap kena bersihkan dan nak bersihkan kena ada remover dan remover yang paling sesuai sekali adalah dalam bentuk oil. Eh tak kisahlah kalau kulit kita ni sensitive atau berminyak-oily sekalipun.
Sebab oil remover-minyak tarik minyak yang senang. Tak perlu wipe atau tonyoh kulit wajah tu sampai melecet, tak perlu risau kulit wajah tu jadi kering kontang dan kemungkinan skin kena iritasi tu sangat sikit. Cuma pilih remover yang berkualiti, bukan produk tiruan ke apa alaaa macam biasa la kan nak beli apa produk pun kena sahihkan dulu demi keselamatan jiwa, bangsa, negara dan taugeh. Ushar dulu ingredients, label, kkm ke apa la asalkan yakin produk tu selamat. Biar mahal sikit, tapi sebab nak hasil yang baik rela la berkorban harta dan nyawa rm50 tu lebih sekeping.
Ok la, banyak lagi sebenarnya bab remover ni. Tapi ni kan baru chapter one, mak pun dah sempot haus pulak (nak turun bawah buat ice blend la teringin plak nak minum vanilla shake). No heart feeling kalau tak setuju sebab ni mak punya pendapat (berdasarkan pengalaman dan feedback orang ramai mengenai perkara ni). Kbai. Assalamualaikum wink wink 😉