LELAKI PUN PERLU JAGA KESEJAHTERAAN KULIT WAJAH .

Biasa kita dengar lelaki tak payah jaga kulit. Cuci pakai apa pun ok janji buih. Itu lelaki yang cincai la, memang jenis tak kisah dan nasib baik kalau genetik dia A++ bab kulit jadi kulit muka dia biasa-biasa je walaupun tak jaga. Kalau tak selalu berjemur, jaga diet makan dan amalkan gaya hidup yang sihat memang sampai ke tua tak la ada masalah. Tapi kalau sebaliknya? .

Kulit tetap kulit. Pada kulit ada permukaan, ada tisu, ada liang pori dan lapisan bawah yang sama je keperluannya dengan orang perempuan. Di mana ia perlu dibersihkan, dilembapkan secukupnya dan dilindungi daripada pencemaran serta sinar uv matahari yang boleh merosakkan.

Kulit kering
Kulit kering lelaki boleh disebabkan oleh perubahan persekitaran, umur, genetik dan sabun mandi yang digunakan untuk mencuci muka. Tabiat merokok juga boleh menambahkan masalah kekeringan tersebut. Minum air dan gunakan pelembap secukupnya adalah langkah-langkah asas untuk melawan kulit kering. Kalau benci dengan pelembap jenis krim sekurang-kurangnya gunalah Essence (cecair). Tepuk tepuk dah siap. Jika kulit anda kering hingga bersisik, janganlah diabaikan. Kesannya wajah tampan pun cepat nampak tua berkedut. Ok bai.

Kulit berminyak
Ini pun biasalah masalah lelaki. Perubahan hormon, tekanan, gaya hidup yang tidak sihat pencemaran alam sekitar termasuk asap rokok juga (lagi lagi rokok hihihiii) dan genetik adalah sebab kulit anda berminyak. Basuh muka dengan pembersih kulit yang lembut, elakkan daripada menggunakan sabun yang kuat (banyak buih) terutama pada muka dan minum air dengan banyak. Sila lupakan niat nak tenyeh muka tu dengan sabun mandi atau syampu sebab malas ye bro! Breakout baru tau nak huhuhu.

Lelaki berketerampilan plus muka bersih nampak lebih menarik. Zaman dah berlalu, perempuan sendiri sukakan lelaki yang mementingkan penjagaan wajahnya!