PENJAGAAN PRODUK



Menitikberatkan penjagaan produk kecantikan -skin care amatlah mustahak. Biasanya ia perlu berada di di tempat yang kering, redup, bersuhu bilik dan jauh dari suhu panas serta lembap berkuap.

Bukan saja tidak stabil, skin care yang terdedah kepasa suhu panas mungkin rosak walaupun nampak elok. Sebagai contoh, produk penjagaan kulit yang mengandungi protein apabila dibiarkan dalam suhu panas akan mengandungi protein yang rosak kerana protein umumnya tidak tahan pada suhu tinggi.

Sudah tentu skin care yang terdedah suhu panas menjadi kurang efektif. Skin care ini akan kurang berkesan daripada penjagaan kulit yang disimpan pada suhu bilik atau suhu bersesuaian. Kerana ketidakstabilan bahan dalam skin care mengakibatkan keberkesanan juga akan berkurangan.

Bukan saja ada beberapa sebatian yang akan rosak, kesan buruk yang lain adalah sebatian dalam skin care akan menjadi bentuk yang lain. Apabila sebatian berubah kepada bentuk lain, ia boleh mengubah sifatnya juga. Mungkin tidak lagi berkesan dan mungkin menjadi toksik pada kulit anda.

Elakkan menyimpan skin care di dalam kenderaan, berhampiran dapur masak, tingkap bilik air (berkuap) dan sebagainya.

Nadasutra Skincare bebas kimia merbahaya dan tidak mengandungi toksik. Patuhi arahan penjagaan produk demi kesejahteraan anda.

#nadasutra #nadasutraskincare #skincare#naturalproduct #naturalingredients#noharshchemicals #nodangerouschemicals#hydrating #rejuvenating #tightening #firming#calming #soothing #phbalanced #labtest#kkmapproved