INFO UNTUK BEGINNER



Untuk beginner yang tak pernah pakai oil remover tu boleh cuba produk dari rangkaian penjagaan yang berkonsepkan HYDRATING. Sekiranya anda jenis bermakeup atau menggunakan foundation, oil remover adalah remover yang paling tepat. Tidak ada bahan yang boleh menanggalkan minyak di muka dengan baik melainkan dengan minyak juga. Oil remover tidak akan buat muka lebih oily, yang buat lebih oily adalah liang liang pori kulit wajah yang tersumbat. Pori yang tersumbat pula adalah akibat tidak membersih dan mencuci dengan betul.
Fahamkan step, cara penggunaan dan fungsi produk yang dipakai. Tanpa ilmu, kita akan sentiasa menemui jalan buntu. Kesilapan sehari-hari dalam rutin penjagaan boleh mendatang kesan lebih buruk daripada apa yang kita sangka. Sayangilah kulit wajah kita dan belailah sebaiknya. Berikan apa yang ia PERLU, bukan apa yang kita MAHU.
Meskipun di dalam set penjagaan ini TIDAK ada remover kami selalu menyarankan pengguna agar mencari remover yang bersesuaian. Cleanser yang hebat, Essence yang berPITERA, Calming Gel yang ada bermacam manfaat relaks skin malah Beauty Cream yang power' dalam seimbangkan pH pun tak bermakna kalau skin tak dibersihkan sebetulnya.