KETAHUI JENIS KULIT ANDA





Perkara asas yang kita perlu tahu ialah jenis kulit kita. Kering, berminyak, kombinasi atau normal. .
The basic thing you need to know about skincare, is your skin type. 

1. Cuci muka macam biasa

Basuh muka dengan normal cleanser, lepas tu bilas. Pakai air biasa pun boleh. Pastikan muka tu dah dibersihkan.


2. Tunggu 2 jam
Jangan apply apa apa lepas cuci muka. Lagi elok, jangan lap lepas cuci muka. Biar je kulit tu kering sendiri and biar 2 jam.

3. Check keadaan kulit
Lepas dah 2 jam, check balik kulit tu.
Kalau rasa kulit berminyak, melekit, berkilat- Oily skin
Rasa ketat, kering, merekah - Dry skin
Berminyak dekat kawasan hidung, hidung dan dahi je, tapi bahagian pipi rasa biasa/kering -Combination skin
Tak rasa apa apa, rasa biasa je - Normal skin

Love yourself. Love your skin
Keep your skin hydrated