RADANG KULIT AKIBAT ALAHAN




PERKARA YANG WAJIB DILAKUKAN SERTA MERTA SAAT KULIT TERKENA RADANG-ALAHAN
1. Banyak masalah kulit seperti alergi atau reaksi terhadap bahan tertentu di dalam produk/makanan/ubatan boleh menyebabkan kulit iritasi, membengkak, merah, gatal, jerawat, bersisik atau ruam. Kenali masalah kulit anda den
gan berjumpa doktor, pakar ataupun cuba baca dahulu mengenai masalah kulit anda di Internet.
2. Kenal pasti produk atau bahan yang menyebabkan masalah bagi kulit anda dan hentikan penggunaannya. Hal ini merupakan prosedur yang cukup mudah. Jika anda mula menggunakan krim malam dan dalam beberapa jam kawasan kulit yang telah disapukan krim malam tersebut menjadi merah, gatal, dan bengkak, maka jelas bahawa krim tersebutlah yang menyebabkan masalah. Periksa kandungannya dan hentikan juga produk/makanan/ubatan yang mempunyai kandungan serupa dengan serta merta.
3. Elakkan berada di bawah sinar terik matahari, sauna, steam, aktiviti yang berpeluh atau mengusik dengan jari kawasan yang dijangkiti, kerana semuanya itu boleh mencetuskan reaksi alahan kulit yang lebih teruk lagi. Lindungi wajah saat anda berada di luar seperti memakai topi, scarf, mask dan sebagainya untuk memaksimumkan perlindungan.