TIPS SEGARKAN WAJAH DENGAN

Bahan mudah dan Nadasutra Skincare .

Aloe vera atau daun lidah buaya sememangnya berguna dalam dunia kecantikan. Anda boleh gunakan jel aloe vera yang boleh dibeli dari farmasi, namun jel yang kami maksudkan di sini adalah gel semulajadi dari pokok aloe vera yang lebih berkesan dan natural tanpa sebarang bahan kimia dan pengawet.

Caranya, sebelum tidur, ambil sedikit lendir aloe vera. Sapukan ke kawasan yang berparut dan biarkan semalaman. Keesokan paginya basuh wajah anda seperti biasa. Pastikan kulit wajah telah dibersihkan dan dicuci dengan Perfect Hydra Soothing Cleansing Gel dan pupurkan Perfect Hydra Magic Essence terlebih dahulu.

Bedak sejuk + lemon + minyak zaiton

5 biji bedak sejuk

Perahan dari sehiris lemon (hanya dalam beberapa titisan diperlukan)
Satu sudu kecil minyak zaitun

Caranya:

Bersih dan cuci wajah dengan Perfect Hydra Soothing Cleansing Gel. Biarkan wajah kering sendiri. Pupurkan Perfect Hydra Magic Essence dan biarkan seketika. Campurkan tiga bahan tersebut sehingga sebati. Oleskan sebagai masker (tipis)dan sapukan ke wajah. Biarkan selama 30 minit lalu dibilas sehingga bersih. Pupurkan sekali lagi Perfect Hydra Magic Essence dan akhir sekali Perfect Hydra Calming Moisturizing Gel (malam hari) atau Perfect Hydra Beauty Cream (siang hari).

Namun, anda dinasihatkan untuk TIDAK memakai masker ini setiap malam memandangkan lemon bersifat asid dan dikhuatiri akan menghakis wajah.

Elakkan tips ini sekiranya kulit wajah anda sensitif bahan organic. Cuba oles di bahagian rahang dulu dan cuci segera jika tidak selesa.